which has coloured my life as a person once love is the key of every happiness.
27 September 2009
Masih seperti dahulu.
Dulu, masih mentah. Bangun pagi. ‘Sejuk,’ mengaduku. Yang aku tahu, petang, kami akan beramai-ramai singgah menjenguk kubur atuk yang kini hanya ditempa nama. Doa disedekahkan.
Rumah yang dilawat, siapa? Aku tidak tahu. ‘maaf zahir batin’ itu yang disebut-sebut. Entah dimaksudkan atau hanya kebiasaan. Pujian mengungkap senyuman anak-anak kecil. lucu sekali. Baju baru tetapi masih orang yang sama.
Lebih kemungkinan yang akan aku sapa dan bersalaman pada hari pertama itu tidak aku kenali. Fikir orang tua-tua, besar nanti adik-beradik pun tidak kenal.
Bila menjelang pacaknya matahari, mula mengadu. ‘ibu, ngantukk.. mengantukk. Jom balik, panas.’ Ibu yang sedang asyik berbual, entah apalah yang dicakapkan. Tidak putus-putus. Aku bingung. Masih dipanggil budak lah katakan. ‘Usahlah menyampuk,’ kata orang tua-tua. Itu semua ketika aku masih tidak mengenal dunia.
Ketupat, lemang, rendang, kuih samprit. Hanya itulah kegemaran aku yang hanya aku kenal pada hari pertama itu. Malam-malam, bunga api menghiasi belakang rumah arwah atuk. Aku tidak berani untuk bermain. Kata ibu, bahaya. Nanti percikan masuk mata. Aku budak baik. Apa ibu cakap, semua aku turut. Ibu kata, ibu sayang akan aku.
Masa aku kecil dulu, kampung masih ramai orang. Tua-tua semuanya. Malu lah aku. Baik duduk senyap-senyap bawah ketiak ibu.
Sepupu yang pulang makin lama makin tidak bertegur-sapa. Nenek keluar dari bilik. hari pertamanya yang sangat bersih. Putih, namanya. Seperti tuan empunya badan juga.
Pagi, nenek hanya menjamu kopi kosong dengan biskut kering. Itu pun sudah boleh menyaranya sehingga ke hari ini. Abang tidak lekang dengan kamera digital. Aku masih, kecil. Aku tidak faham erti hari pertama itu lagi. Beramai-ramai berkumpul. Memori terpancar. foto yang diingati, kini digantung menhiasi bilik ibu.
Hari ini, orang yang aku lihat, ‘owh, dia rupanya.’ Hidup telah berubah. Sangat berbeza. Aku telah mula melangkah mengenali orang-orang sekeliling. Ketiak ibu usang, aku sudah besar. Tangan ibu dan ayah menjadi pengampun.
Baju raya menjadi aset kecantikan. Kegembiraan terukir dengan senyuman-senyuman yang dihiasi oleh adik-beradik yang tidak ketinggalan pulang menjenguk nenek dan atuk yang masih menunggu nenek hadir disisinya semula.
Sekarang aku lah yang membantu ibu. Angkut kuih muih dari dapur, atur elok diatas meja. Kini orang kampung sudah tidak ramai. Ramai yang mencari rezeki diluar. Tetapi masih meriah. Kakak dan abang sepupu yang sudah besar bangkitkan lagi suasana raya sebagai seorang yang mula mengenali dunia dewasa. Duit raya yang dulunya semua aku beri pada ibu. Tapi, sekarang duit raya akan aku gunakan belanja sini sana. Sekarang juga kanak-kanak ramai yang datang. Menunjukkan ramai yang telah memulakan satu intitusi keluarga untuk kebahagiaan. Hari pertama yang disebut-sebut ini adalah hari yang telah aku sambut setiap tahun selama 15 tahun aku hidup iaitu hari raya aidilfitri. Foto yang ditangkap setiap tahun masih digantung. Juga masih menghiasi indah, melengkapi kamar ibu.

03 September 2009
since that day you've gone
I skipped chapters until I found you.
The beginning is the happiest moment.
Even so, the end is the hardest ever.
Memories ripped me
As the day, I go through my unpredictable life.
The world has changed.
Everything has changed.
Since you, and your fake smile appear.
Good things will not last forever.
I will live my every single second without you
I must accept everything.
Accept that I can never expect you to stay here.
To stay for ever.
i'm stuck with the girl in the mirror.
Subscribe to:
Comments (Atom)