Harini aku duduk termenung atas katil fikir, "Apa ya nilai seorang anak pada seorang bapa?"
Sebab apa? sebab bagi aku, tak pelik lah bila mak sayangkan anak dia sebab mak lah yang gengdong anak sembilan bulan dalam perut. susah senang sama-sama. bila dah keluar anak, menyusukan pulak. Most of the time anak akan duduk dengan mak.
jadi aku tertanya-tanya... What does it take for a father to really love his child....
apa seorang bapa lihat pada anaknya. Comel? Bijak? Pandai? apa harapan bapa tu pada anak dia? aku cakap macam ni bukan sebab apa... sebab bapa ni kan selalunya sibuk kerja. bila balik, tak macam mak. mak macam mana pun mesti uruskan anak-anak tapi ayah-ayah ni akan banyak berehat pastu selesaikan urusan rumah lain-lain. Dari anak sorang, anak dua orang, anak tiga orang, apa yang bapa ni rasa bila ada anak banyak? sumber kebahagiaan? sumber kebanggaan? idk..... I'm curious.
Lagi..
Lagi satu sebab aku tertanya-tanya apa nilai seorang anak pada seorang bapa sebab, aku dulu rapat dengan ayah. ayah ada 5 orang anak. tapi sampai sekarang ayah sepi. dulu bagi aku, maybe ayah susah nak contact kami. tapi bila harini, aku sendiri ada anak, aku tertanya-tanya dan tak faham dan cuba nak faham.. masa kecik-kecik, apa nilai aku sebagai anak pada ayah aku dulu.
kalau lah ada makhluk dalam dunia ni boleh explain.......
-d-