Dari baka pertama hingga kini, masih perlukan bimbingan. Dari ku kecil hingga dewasa, masih perlukan bantuan. Dari aku baru lahir sehingga ke sekolah menengah, masih perlukan pendidikan. Aku tahu dunia sangat luas. Aku tahu semuanya daripada orang tuaku yang amat ku sayangi.
Tanah yang ku berpijak sekarang masih punyai sisa-sisa yang tidak diterokai. Bencana yang hampir melenyapkan setengah dari semangat di muka bumi ini demi pengajaran. Semua berlaku dengan sebab yang munasabah.Segalanya berlaku tanpa diundang walaupun sebabnya atas manusia yang sendirinya membawa kerosakan.
Sembahlah, kau bumi, sembahlah kau, seluruh alam ini. Sembahlah pada tuhan yang maha satu.
Aku masih merenung ke hujung padang yang menghijau. Masih memikirkan adakah mustahil untuk sekali lagi aku lari ke hujung sana tanpa henti. Atau adakah sempat untukku meraih kejayaan apabila ku tangguh sesuatu untuk esok hari. Masihkah ada esok untuk diri ini yang hanya mempunyai hati yang sangat kecil. Zarah, aku di mata tuhan. Adakah aku mempunyai takdir yang senasib dengan orang-orang yang bertuah atau sebaliknya.
Aku masih perlukan kamu untuk mengharungi semua halangan yang akan datang. Aku masih perlu melihat kamu walaupun dari jarak jauh. Aku perlukan setiap kata yang memberi ku semangat untuk terus tempuhi semua demi kejayaan yang ingin ku junjung satu hari nanti.
pokok, apalah nasib kau. Apalah nasibku esok. Apakah nasib semua orang? Aku tahu yang kau tahu. Bersuaralah, jawab pertanyaanku! Apakah yang tuhan beritahu kepada kau yang membuatkan kamu tidak putus dan terus beriman kapadanya. Aku tidak beriman sepertimu. Aku tidak layak untuk hidup lama. Aku seorang lemah. Aku tidak tabah mengharungi dugaan dengan keimanan. Aku seorang yang tidak layak menerima hidayah tetapi aku perlukan itu untuk terus hidup.
Allah memang adil. Aku tidak dapat kebahagiaan. Aku tidak dapat kenteraman. Semuanya sebab aku tidak menyembahmu, ya allah! Tetapi aku mohon, berikanku satu peluang untuk mendapat hidayahmu, agar ku bahagia dunia akhirat.
Kerna Aku lemah di bumi ini, lagi lemah untuk azab nerakamu…
No comments:
Post a Comment