17 April 2012

Sampaikan salamku, tinggi ke syurga.

Sesungguhnya selama ini aku sayang dia, Ya Allah. Aku percaya dan aku bergantung hariku kepada dia. Aku pernah mengkhianati kepercayaannya tapi semuanya hanya salah faham. Aku pernah tetapi itu hanya masa aku belum kenal erti lelaki. Aku belum sedar tentang indahnya iman. Kematangan pula, sudah tentu tipis sekali.

Tapi, aku cuba untuk berubah, waktu demi waktu. Aku cuba untuk jadi yang lebih baik. Untuk Mu serta balasan akan dia yang selalu membantu walaupun yang baiknya hanya sedikit untuk dibandingkan dengan wanita solehah. Aku mengaku aku masih lemah, Ya Allah. Aku telah hanyut mencintai ciptaanMu yang begitu indah. begitu sempurna dimata ku. Aku begitu hanyut di dunia ini.

Namun, aku cekal. Aku tinggal pergaulan tidak sihatku. Aku tepikan rakan-rakanku yang boleh melalaikan aku selama ini. Aku berdikari. Aku hidup sendiri, Ya Allah. Aku tidak berteman di muka bumi ini kecuali dia yang sentiasa aku pinjam dari Mu, Ya Allah. Atas dua sebab; berubah dan demi hati yang aku sayang. Hati yang selama ini aku kagum. Hati yang selama ini hanya padanya aku merintih kesedihanku.
lama-lama, Aku sedar, aku terlebih sayang. Dan sekarang aku sedar itu satu kesilapan.

Sekarang, semuanya hanya masa gelapku. 
Aku tahu, ini cara untuk aku berubah. 
Aku pernah berbisik, berbicara, merintih, merayu kepadaMu, Allah. 
Sesungguhnya jika bukan dia jodohku, 
akan Kau bantu aku untuk mengikis karismanya dari kedua-dua belah mataku. 
Akan Kau tarik semua keindahan yang pernah aku lihat dalam dirinya. 
Sehingga hari ini, ya Allah. 
Kau tunjukkan aku kebesaranMu. 
Kau buktikan aku masih wanita yang pernah Rasullullah mengangkat darjatnya. 
Aku dahagakan hidayah dan imanMu, Ya Allah.

Aku terharu, Ya Allah.. Aku menangis atas kesyukuran. Kau dengar akan doa-doaku. Aku bersyukur Kau masih memberi peluang kepada hambaMu yang kerdil ini.

Hari ini aku kalah. Aku kesal, Aku mengalah dan aku berserah. Hati kecilku masih tidak mampu berdiri sendiri untuk hanyutkan kenaganku serta silamku ke muara. Sesungguhnya aku sunyi. Sesungguhnya aku rindu akan jodohku. Aku rindu akan Nabi Muhammad S.A.W..



Love, Hope.

No comments:

Post a Comment