06 April 2012

Mata sahabat.

Aku mungkin pendiam. Tapi tu tak bermaksud aku susah untuk didekati. Itu bukan bermaksud aku tak ambil peduli. Bukannya aku sombong dan lalai, tak mahu ambil kisah. Tapi bila aku senyap, banyak yang difikirkan.
Kadang-kadang, dengan berdiam banyak jalan penyelesaian boleh dicari.


Aku mungkin jarang bergaul dengan kawan-kawan. Main sama-sama, sembang ramai-ramai bila lapang. Mungkin jarang dan lebih kemungkinan ramai yang jarang nampak aku macam tu. Tapi bukan maksud aku tak endah, bukan maksud aku nak menyembunyi. Tapi, dengan mengasingkan diri lah aku mencari ketenagan. Penat, tak ada siapa tahu. Kadang-kadang, hari yang agak tegang boleh diubati dengan berseorangan, 
sunyi tu kadang-kadang boleh dijadikan teman.


Aku kadang-kadang agak mengarah. Suruh itu-ini. Mengatur setiapnya. Tegur walaupun sedikit. Aku bukan pengarah. Dengan niat jujur. Ingin dibetulkan. Kadang-kadang, manusia lain nampak kesalahan kita. Tapi, demi jaga hati, mereka mendiam. Biarkan lagi terpesong. Biarkan lagi diabkan. Biarkan anda kelihatan salah, pelik, kelakar, kurang sempurna dan sebagainya. Aku hanya menegur. Dan kadang-kadang, mengarah itu perlu supaya kerja yang dihasilkan berjalan lancar. Setiap orang itu berbeza. Mungkin sikap ambil tahu itu, dimata orang adalah mengerah. Jadi, sabar. Sifat menerima itu penting. 


Aku mungkin jalan tak pedulikan orang lain. Tapi tu tak bermakna aku tak ikhlas berkawan. Tak bermakna sahabat-sahabat yang aku tak terlihat itu tidak penting. Tapi mungkin sifat semula jadi. Jalan tunduk atau lihat kedepan. dengan niat orang tidak panggil mata liar. dengan niat to be humble. Mengenali itu lebih penting.
Tabiat itu kadang-kadang adalah baik. 


Maaf, tak semua manusia itu sempurna. 
Maaf, kalau banyak perlakuan ini terhiris hati sahabat-sahabat. 
Maaf, hidup ini kadang-kadang terasing, kadang-kadang terlebih. 

Well, this is life. Human do what humans do. 
So, take it or leave it. 
God knows it all. 
Perempuan di luar sana, jadilah wanita-wanita yang tabah ye. (:



God bless,
Love, Hope.

1 comment: